Henti spekulasi, fokus khidmat kepada rakyat

Henti spekulasi, fokus khidmat kepada rakyat

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa semua wakil rakyat sama ada di sebelah kerajaan mahupun pembangkang supaya bermain politik kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Beliau turut merayu semua parti politik agar sama-sama menghentikan sebarang spekulasi yang tidak memberi faedah sebaliknya bersama-sama memberikan tumpuan kepada memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Adun Pas dan Umno juga ada tanggungjawab mereka selepas dipilih dan saya sebagai Menteri Besar Perak bukan Menteri Besar Pakatan Harapan semata-mata, kepada mereka dulu yang undi Umno dan Pas, saya juga ada tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada mereka,” ujar Ahli Parlimen Tambun itu.

Ahmad Faizal mengulas mesej yang viral dalam media sosial mendakwa gabungan Umno dan Pas Perak sudah memiliki sokongan 31 ADUN yang sudah menandatangani akuan bersumpah, untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Mesej itu mendakwa akuan bersumpah itu kini sudah berada pada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan kerajaan PH Perak akan tumbang pada bila-bila masa, selain ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, yang `melompat’ ke PH akan melompat kembali kepada UMNO dan menjadi Menteri Besar Perak yang baharu.

Zainol Fadzi, yang juga Penasihat Menteri Besar, bagaimanapun sudah menafikan dakwaan itu dan bertegas terus bersama kerajaan PH.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )