Digital Perak: Bukan hanya nama, tetapi budaya kerja dan sikap

Digital Perak: Bukan hanya nama, tetapi budaya kerja dan sikap

KPerak Implementation & Coordination Corporation (KPerak) telah dijenamakan semula sebagai Digital Perak Corporation Holdings dengan nafas dan budaya kerja yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO , Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, beliau mahu warga Digital Perak mengubah gaya kerja dan memberi fokus mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan.

“Jika KPI ini tidak dapat diikuti, maka anda tidak layak menjalankan tanggugjawab di bawah agensi ini.

“Dan jika ada amanah yang diberikan jangan culas di tengah jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis lapor tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Perak yang baharu, Prof Madya Dr Mohammad Tazli Azizan yang berkhidmat secara rasmi bermula hari ini.

Hasnul memberikan visi dan misinya tentang hala tuju Digital Perak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengharapkan di bawah kepimpinan Mohammad Tazli dapat memantau secara lebih dekat dan memastikan semua kakitangan berkerja dengan amanah dan mengikut waktu kerja yang ditetapkan serta menyiapkan tugasan mengikut ketetapan waktu

“Pastikan semua warga Digital Perak bekerja secara amanah dan bertanggungjawab,” katanya.

Hasnul bersama Mohammad Tazli serta kepimpinan Digital Perak.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )