Perak perkenal garis panduan penceramah

Perak perkenal garis panduan penceramah

Kerajaan Negeri Perak sedang merancang untuk menyediakan garis panduan berkaitan dana masjid bagi memastikan wang yang diterima daripada orang ramai tidak ‘diperam’.

Kerajaan Negeri Perak sedang merancang untuk menyediakan garis panduan berkaitan dana masjid bagi memastikan wang yang diterima daripada orang ramai tidak ‘diperam’.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, dana masjid yang disumbangkan oleh orang ramai seharusnya digunakan untuk manfaat ahli kariah yang memerlukan.

“Ada masjid di Perak yang saya mempunyai maklumat tabungnya hampir RM1 juta tidak digunakan. Ada juga masjid yang mempunyai dana RM600,000. Malangnya mereka seronok dengan mempamerkan jumlah duit yang banyak tetapi tak ada akviviti kemasyarakatan yang dibuat dan kalau adapun pada saya tak cukup.

“Perlu diingat di sekitar masjid yang ada ini akan terdapat juga asnaf-asnaf yang memerlukan bantuan, akan terdapat anak-anak kita yang belajar di luar negara yang hanya mengharapkan sumbangan dan bantuan Baitulmal yang jumlahnya tidak banyak kerana sumber terbatas.

Sepatutnya perkara ini diambil kira dan tanggungjawab dipikul bersama oleh masjid-masjid tersebut yang mempunyai kewangan hebat,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )