Kerajaan komited bantu kecilkan jurang pendapatan petani, nelayan

Kerajaan komited bantu kecilkan jurang pendapatan petani, nelayan

KERAJAAN akan terus komited merapatkan semula jurang pendapatan dalam sektor pertanian dan perikanan di negara ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin berkata secara keseluruhannya, Malaysia masih mempunyai penglibatan yang harus dibanggakan iaitu keuntungan dari penghasilan industri pokok getah.

Namun katanya, kerajaan sedar terhadap situasi ekonomi yang dihadapi petani dan nelayan dimana usaha yang dikerahkan tidak setimpal dengan hasil yang diperoleh.

“Sebagai kerajaan baharu, kita belajar dari kesilapan yang lepas. Apa yang dapat dilihat oleh kerajaan, secara umumnya apabila ekonomi bergerak laju, maka ia memerlukan anjakan yang cepat.

“Walaupun diberi peluang untuk kembangkan perniagaan pada kadar 100 peratus, jurang itu masih akan berlaku diantara peniaga yang mempunyai pendapatan kecil dan peniaga dengan pendapatan besar.

“Jadi ini peranan kerajaan dalam membantu memastikan untuk mengecilkan jurang yang ada. Jika kita mempunyai ‘booster’ yang membantu golongan ini, jurang itu pasti dapat dirapatkan dengan lebih cepat,”katanya ketika perbincangan topik Melayu Bertongkat ke Melayu Wawasan : Pemerkasaan Agenda Bumiputera.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan peserta yang hadir berkenaan punca rezeki nelayan-nelayan yang dilihat sedikit biarpun Malaysia mempunyai skala lautan yang luas.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Osman, Penyelidik di Institusi ISEAS-Yusof Ishak, Lee Hwok Aun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )