Zainol, Nolee nafi kembali kepada Umno

Zainol, Nolee nafi kembali kepada Umno

Desas desus kononnya dua bekas Adun Umno di Perak kembali kepada Umno untuk menubuhkan kerajaan Pas-Umno ditangkis sepenuhnya oleh tuan punya badan.

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dalam satu sidang media menafikan dakwaan kononnya beliau akan kembali kepada Umno.

Menurut Zainol, Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi juga menafikan dakwaan yang tular di media sosial dan digempakkan oleh Pas dan Umno.

Katanya, tidak ada langsung perbincangan bersama pemimpin BN mengenai perkara itu, malah dakwaan kononnya beliau mengadap Sultan Perak, juga tidak benar.

Zainol berpendapat isu itu timbul kerana hampir dengan sidang Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan bulan depan di samping kekalahan Pakatan Harapan pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )