Sedia fasiliti khas untuk golongan autisme

Sedia fasiliti khas untuk golongan autisme

PIHAK yang bertanggungjawab diharapkan dapat merealisasikan kewujudan fasiliti khusus bagi golongan autisme di sekitar negeri Perak.

Presiden Autism Rangers Perak, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed berkata, kewujudan fasiliti berkenaan bakal membantu autisme untuk menjalani kehidupan seperti biasa termasuk bergaul dengan masyarakat.

Menurutnya, fasiliti seumpama itu sudah wujud di kompleks membeli belah terkemuka, Sunway Pyramid di Selangor.

Beliau berkata, Perak sewajarnya turut mempunyai sedemikian bagi menghargai dan memberikan kemudahan tertentu termasuklah parkir khusus dan sebagainya.

“Kompleks itu mesra autisme, kita harap ia dapat diwujudkan pula di Perak, mungkin parkir khusus untuk golongan autisme ini.

“Tujuan kita adalah untuk elakkan penjaga khususnya ibu bapa yang kebiasaannya menjaga anak-anak autisme ini,” katanya.

Mohd Shaiful Rizal berkata demikian pada sidang media sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, sebagaimana disiarkan oleh Sinar Harian Online semalam.

Hadir sama, Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing dan Howard Lee Chuan How (Pembangunan Belia dan Sukan Perak).

Dalam perkembangan berkaitan Shaiful Rizal menjelaskan, pihaknya juga bakal menganjurkan program larian Spectrum Autism Run pada 28 April ini bertempat di Kinta Rverfront.

“Yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan setakat ini kita dah hampir 1,500 penyertaan melebihi sasaran asal 1,000 sahaja.

“Pendaftaran masih dibuka dan boleh terus hubungi kita menerusi WhatsApp 018-9534094 untuk urusan pendaftaran,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain semalam tengah mengumumkan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Autism Rangers Perak tanda sokongan kerajaan negeri kepada NGO tersebut.

Beliau berharap semua pihak dapat sama-sama berperanan memberikan kesedaran autisme yang barangkali masih ramai masyarakat tidak memahaminya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )