Pergiat program kesedaran bahaya najis dadah

Pergiat program kesedaran bahaya najis dadah

IPOH: Usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya najis dadah adalah sangat penting dan perlu digiatkan lagi di peringkat bawahan.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, usaha, sokongan dan dokongan semua pihak terutama masyarakat yang mempunyai peranan dan tanggungjawab besar selain kerajaan.

Beliau memetik ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan’.

Peringatan Allah SWT di dalam ayat 195 surah Al-Baqarah ini katanya menjadi formula utama untuk menjauhi dan tidak mencuba dadah.

“Penyalahgunaan dadah merupakan satu ancamam yang serius dan memerlukan kerjasama semua pihak memerangi gejala ini.

Dengan komitmen semua pihak, gejala dadah ini dapat dikurangkan seminima mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Gempak Jelajah Kesedaran anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Perak di Taman Tasik Taiping, pagi tadi.

ADUN Manjoi itu menjelaskan, program seperti ini adalah sangat baik dan perlu diperbanyakkan lagi meliputi semua daerah di negeri ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pemadam Negeri Perak yang diterajui Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim selaku pengerusi dalam menganjurkan program ini.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )