MB Johor letak jawatan!

MB Johor letak jawatan!

KUALA LUMPUR: Datuk Osman Sapian sudah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Dr Mahahir berkata, Osman yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepadanya semalam.

“Semalam dia bagi 2 surat, 1 surat kepada saya dan 1 surat kepada Sultan Johor.

“Buat sementara waktu, Johor tiada Menteri Besar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahathir berkata kerajaan mempunyai 3 hingga 4 calon untuk mengisi jawatan menteri besar.

“Ikut perjanjian Pakatan Harapan, menteri besar Johor daripada Bersatu,” katanya lagi.

Osman dipilih menjadi menteri besar Johor ke-16 pada 12 Mei 2018 mewakili Pakatan Harapan selepas gabungan parti itu telah mencipta sejarah menakluk negeri yang sebelum ini menjadi kubu kuat Umno itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )