Tun M yakin kerajaan mampu tangani berita palsu walau tanpa Akta Antiberita Tidak Benar

Tun M yakin kerajaan mampu tangani berita palsu walau tanpa Akta Antiberita Tidak Benar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya kerajaan boleh kendalikan penyebaran berita palsu walaupun setelah pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Mengakui bahawa media sosial boleh disalahgunakan dengan serius, beliau berkata kerajaan akan menghapuskan akta itu seperti yang dijanjikan kepada rakyat yang mengundi kerajaan sekarang memegang kuasa.

“Bagi kita, ini bermakna kita perlu belajar cara mengendalikan berita palsu itu. Apabila kita mempunyai undang-undang yang menghalang orang daripada menyiarkan pandangan mereka, kita takut kerajaan sendiri boleh menyalahgunakannya seperti yang terjadi pada kerajaan yang lalu.

Kami tidak mahu mana-mana kerajaan, yang ini atau yang seterusnya menggunakan undang-undang untuk membuat berita palsu bagi mengekalkan diri sendiri.

“Tetapi sudah tentulah (berita palsu) sukar untuk ditangani tetapi kita percaya kita dapat menerima cabaran dan dapat mengendalinya,” katanya dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena Pemukiman ke-9 Pemimpin Malaysia- Singapura, di sini hari ini.

Pada September 2018, Dewan Negara Dewan Negara menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos..

–BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )