Baazar Mega Raya Aidilfitri 2019 julung kali diadakan di Ipoh

Baazar Mega Raya Aidilfitri 2019 julung kali diadakan di Ipoh

IPOH: Baazar Mega Raya Aidilfitri 2019 akan berlangsung sepanjang Ramadan bulan hadapan di tapak parkir Stadium Indera Mulia di sini bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kelengkapan Hari Raya.

Pengurus Anson Sepakat Event Management and Rose One Enterprise, Mohd Ridzuan Sawitok berkata penganjuran julung kali itu menyediakan sebanyak 80 lot gerai jualan yang menawarkan harga barangan pada harga berpatutan.

“Gerai menjual pelbagai barangan seperti baju Melayu, baju muslimah, tudung, kasut, karpet dan sebagainya,” katanya kepada pemberita.

Mohd Ridzuan berkata bazar berkenaan akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam termasuk hujung minggu.

Katanya selain gerai jualan, beberapa artis tempatan antaranya Fazley Wahab dan kumpulan Khalifah turut dijemput untuk membuat persembahan.

“Kita juga adakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton Wira selain barang kemas dan peralatan elektrik,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )