Kad Perak Prihatin dilancar, 17 ribu miskin tegar terima manfaat

Kad Perak Prihatin dilancar, 17 ribu miskin tegar terima manfaat

IPOH: Kerajaan Negeri Perak melancarkan Kad Perak Prihatin dalam usaha membantu meringankan bebanan dan kos sara hidup membabitkan kira-kira 17,000 rakyat miskin tegar di negeri ini.

Kad tersebut merangkumi dua perkara iaitu kad makanan dan kesihatan yang mana melalui kad berkenaan, penerima akan menerima pembiayaan sebanyak RM80 sebulan untuk pembelian makanan asas dan RM300 untuk rawatan di klinik panel bagi tempoh setahun.

“Suka untuk saya umumkan di sini, kerajaan negeri telah memberi nilai tambah terhadap program ini, di mana para pemegang kad juga boleh membeli barangan keperluan persekolahan seperti kasut, beg, buku, alat tulis serta pakaian seragam.

“Pemegang kad ini juga boleh membeli pelbagai barangan asas lain seperti lampin pakai buang untuk bayi dan dewasa, sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci dan semua barangan itu boleh diperolehi di 169 buah kedai runcit berantai di seluruh negeri yang selesai melalui proses integrasi,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Perak Prihatin di Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh disini pagi tadi.

Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rangkaian kedai runcit terbabit yang terdiri daripada 99 Speedmart, TF Value Mart, Mydin, Econsave, Pusat Pakaian Hari-Hari serta kira-kira 400 klinik panel yang akan terbabit dalam menjayakan program ini.

Menurutnya, di peringkat awal ini, kerajaan ini hanya memperuntukkan kepada 17,000 penerima sahaja namun akan berusaha untuk menambah dan membela lebih ramai penerima mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

“Di sebalik pelancaran program ini, ingin saya tekankan di sini mengenai iltizam kerajaan negeri untuk membantu semua golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini supaya keluar daripada garis kemiskinan dan dapat berdikari.

“Kita mahu memberi keutamaan kepada mengeluarkan lebih ramai rakyat daripada garis kemiskinan, berbanding sekadar memberi penekanan kepada menambah bilangan penerima saban tahun semata-mata.

“Insya-Allah, kita akan bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi berkaitan untuk menjalankan inisiatif perusahaan atau perniagaan sosial dalam kalangan golongan miskin dan miskin tegar supaya mereka dibantu,” jelas Adun Chenderiang itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (7)
  • comment-avatar
    Siti Rahaya Syed Abu Bakar 2 years

    Assalamu’alaikum
    Macamana nk mohon rebat letrik rm40 dan mohon kad Perak Perihatin

  • comment-avatar
    Chandra suriah a/p Rajagopal 2 years

    god job

  • comment-avatar

    Like!! I blog frequently and I really thank you for your content. The article has truly peaked my interest.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    I really like and appreciate your blog post.

  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Very good article! We are linking to this particularly great content on our site. Keep up the great writing.

  • Disqus ( )