Majlis Tahfiz Negara wujud sistem iktiraf institusi tahfiz

Majlis Tahfiz Negara wujud sistem iktiraf institusi tahfiz

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Tahfiz Negara akan berperanan sebagai jawatankuasa yang mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini, jawatankuasa itu juga akan menyelaras mekanisme pengiktirafan, memberi pengiktirafan kepada hufaz dan memantau peraturan standard yang diberikan.

“Bagi merealisasikan dasar pendidikan tahfiz negara dan pelaksanaan jawatankuasa ini, kerjasama negeri amat diperlukan agar pelaksanaan dasar, fungsi dan keberkesanannya dapat dijalankan secara komprehensif,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )