Pejabat IDR disita: Pentadbiran Zambry berlaku salah guna kuasa?

Pejabat IDR disita: Pentadbiran Zambry berlaku salah guna kuasa?

IPOH: Satu notis telah ditampal di pejabat Institut Darul Ridzuan (IDR) memaklumkan premis tersebut telah disita.

Difahamkan premis tersebut terletak di Greentown Suria Ipoh, Perak dan ia telah mula disita kelmarin.

“Untuk makluman pegawai dan kakitangan IDR, premis ini telah disita mulai 12 April 2019 (9.00 malam) sehingga arahan selanjutnya.

“Sesiapa yang didapati masuk ke dalam premis ini tanpa kebenaran Pengerusi Lembaga Pengarah (IDR) akan didakwa,” jelas notis yang ditampal itu.

Mengikut notis tersebut, ia adalah arahan daripada Lembaga Pengarah IDR.

IDR adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang ditubuhkan 14 tahun yang lalu semasa pentadbiran Barisan Nasional yang mana fungsi dan peranannya ialah untuk membantu menteri besar, dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Antara program yang dilaksanakan oleh IDR antaranya Pangkor Dialogue, Pusat Kerjaya Aman Jaya, Koloni Karyawan Aman Jaya, Makmal Perak Aman Jaya dan sebagainya.

Notis sita ini kemungkinan adalah usaha Kerajaan Negeri Perak memantau dan menilai perjalanan pentadbiran sebelum ini yang memungkinkan berlakunya kepincangan dan ketirisan kepimpinan terdahulu.

Ini adalah bukti Kerajaan Negeri Perak sangat serius memastikan setiap agensi kerajaan berjalan dengan telus dan berintegriti.

Walaubagaimanapun, Perak Insights sedang mendapatkan maklumat yang terperinci berhubung notis sita ini.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Perak telah melakukan tindakan kepada beberapa agensi berkaitan kerajaan termasuklah taman tema Movie Animation Park Studios.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri telah pergi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak berhubung isu ini.

Ini berikutan kemungkinan berlakunya penyelewengan terhadap kos pembinaan taman tema yang berpangkalan di Meru Raya, Ipoh itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )