Tiga pegawai agensi kerajaan negeri digantung atas dakwaan salah guna kuasa

Tiga pegawai agensi kerajaan negeri digantung atas dakwaan salah guna kuasa

IPOH: Tiga pegawai kanan daripada sebuah agensi kerajaan negeri digantung tugasnya bagi memberi ruang proses siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa di agensi tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar pada Jumaat malam.

Katanya ia susulan satu laporan polis yang dibuat oleh Pasukan Khas Audit Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Mesyuarat tergempar itu diadakan bagi meneliti Laporan Audit ke atas badan berkanun itu yang mendapati terdapat elemen-elemen yang meragukan.

“Ia termasuk kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu.

“Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya seperti yang dilaporkan Perak Today.

Pada pagi tadi dalam satu sidang media Ahmad Faizal mengesahkan bahawa pejabat agensi tersebut turut disita malam tadi bagi membantu siasatan.

Ia juga diputuskan oleh lembaga pengarah agensi kerajaan negeri berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )