17 atlet Esports wakili Perak

17 atlet Esports wakili Perak

IPOH: Seramai 17 orang atlet Esports Perak akan berentap bagi meraih tempat mewakili negara dalam Kejohanan Sukan SEA 2019, Filipina, November nanti.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, pemilihan peringkat negeri sudah selesai dan fokus seterusnya akan tertumpu kepada peringkat akhir pemilihan kebangsaan dimana atlet negeri Perak akan berentap dengan wakil daripada negeri lain bagi merebut tempat untuk mewakili negara.

“Bagi peringkat akhir yang akan berlangsung pada awal bulan Mei nanti, mereka perlu bersaing bersama atlet-atlet Esports yang lain iaitu daripada 12 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan dalam meraih tempat untuk mewakili negara ke temasya sukan terbesar di Asia Tenggara.

“Lima pingat akan dipertandingkan dalam temasya sukan tersebut melalui permainan Defense of Ancients (DOTA2), Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Arena of Valor (AOV) dan Tekken 7.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Pemilihan Atlet Esports Perak Ke Kelayakan Peringkat Kebangsaan untuk Sukan Sea 2019, di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh, seperti yang dilaporkan oleh Perak Today semalam.

Ujarnya lagi, kita harus berbangga kerana negeri Perak merupakan yang terawal mengorak langkah dalam kemajuan sukan elektronik di negara ini dan amat komited dalam melahirkan atlet yang berpontensi untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah senarai atlet e-sports yang berjaya mewakili Perak dalam acara masing-masing:

Team Laka- Laka – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

M&M Gaming-Defense of Ancients (DOTA2)

Nexplay- Arena of Valor ( AOV)

Teh Mun Ben – Tekken 7

Yon Jun – Starcraft

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )