Sultan Nazrin berkenan rasmi Sidang Dun Perak

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sidang Dun Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Baginda berangkat tiba kira-kira jam 9.30 pagi bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan telah disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Abu Seman serta barisan Adun.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak dengan iringan Pancaragam Polis Di Raja Malaysia Cawangan Kedah.

Sultan Nazrin kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta.

Sultan Nazri seterusnya diirngi ke Bilik Diraja sebelum ke Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira jam 10.15 pagi.

Berita lanjut menyusul

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )