Kemuka bantahan pelantikan jawatankuasa kariah kepada MAIPk

Kemuka bantahan pelantikan jawatankuasa kariah kepada MAIPk

IPOH: Ahli kariah yang tidak bersetuju dengan pelantikan jawatankuasa kariah hendaklah mengemukakan bantahan berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) melalui Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, seseorang itu layak dicalonkan sebagai anggota jawatankuasa kariah mengikut Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 2015 di dalam Peraturan 7(1).

“Antara kriteria calon adalah beragama Islam, warganegara Malaysia, tidak menganggotai mana-mana Jawatankuasa Kariah lain, berusia tidak kurang 18 tahun, ahli kariah masjid itu, mempunyai pengetahuan agama Islam dan berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Calon juga perlu berakhlak mulia dan amanah, lazim solat berjemaah di masjid, sihat tubuh badan dan mental, bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan dan tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada Khairudin Abu Hanipah (BN-Belanja), hari ini.

Asmuni ketika menjawab soalan Belanja di DUN Perak

Bagaimanapun, kata Adun Manjoi itu, terdapat hal keadaan khas yang berhubungan dengan seseorang yang tertentu dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam, pengecualian boleh diberikan.

Dimaklumkan bahawa senarai pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid bagi 1 Februari 2019 hingga 31 Januari 2021 telah dikeluarkan oleh Maipk.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )