Kerajaan negeri puji kemandirian fiskal sukan permotoran di Perak

Kerajaan negeri puji kemandirian fiskal sukan permotoran di Perak

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee hari ini memuji komuniti sukan lasak dan permotoran di negeri Perak.

Menjawab soalan daripada ADUN Hulu Kinta, beliau berkata, kerajaan negeri mengucapkan syabas kepada Kelab Motor Lasak Hulu Kinta yang berjaya menggerakkan aktivitinya tanpa bergantung kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana pertubuhan atau kelab-kelab motosikal untuk menganjurkan program-program sukan lasak dengan usaha dan inisiatif ahli-ahli kelab itu sendiri.

“Inilah dia kemandirian fiskal yang wajib dicontohi oleh semua persatuan yang lain,” katanya di dalam Dewan Negeri Perak, disini hari ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai sukan permotoran, beliau berkata, veteran sukan F1 yang ternama, Alex Yong telah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memulakan usahasama Public-Private Partnership PPP untuk merancakkan pelaburan sukan permotoran di negeri ini.

“Sukan adalah alat penyatuan rakyat, saya menyeru semua ahli dewan untuk tampil kepada kerajaan negeri dengan apa sahaja aktiviti sukan yang ingin dijalankan,” katanya lagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )