Perkemaskan potfolio penerangan Pakatan Harapan

Perkemaskan potfolio penerangan Pakatan Harapan

IPOH: Rakyat bakal melihat sesuatu yang positif sekiranya Pakatan Harapan (PH) memperkemaskan semula jenteranya terutama di dalam portfolio penerangan.

Ketua Pemuda PH Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, dengan membaiki segala kelemahan yang ada, kerajaan mampu menyampaikan maklumat yang tepat tentang prestasi pentadbiran dengan pelbagai insentif dan insiatif yang telah dilaksanakan.

“Saya percaya apabila diperkemas semula jentera kerajaan terutamanya dalam portfolio penerangan, insya-ALLAH rakyat akan lihat sesuatu yang positif dalam tempoh suku ketiga atau keempat tahun ini.

“Saya akui ada kelemahan di kalangan pemimpin kita, kadang-kadang terlepas cakap tanpa mengira dan memikirkan sensitiviti kaum lain sedangkan mereka perlu berhati-hati,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebagaimana dipetik.

Hasnul Zulkarnain yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana sokongan rakyat kepada PH selepas kalah dalam PRK Rantau, Sabtu lalu.

Menurut Hasnul Zulkarnain, kekalahan PH untuk kali ketiga dalam PRK merupakan isyarat jelas bahawa parti berkenaan perlu memberi tumpuan dalam membaiki sistem penyampaian dan penerangan mereka.

“Kali ketiga alami kekalahan sudah tentu bukan satu pengajaran tetapi isyarat yang sangat jelas supaya kita memberi tumpuan kepada sistem penyampaian dan penerangan.

“Ia termasuklah cara penyampaian menteri dan pimpinan parti termasuk pegawai kerajaan yang perlu diperkemaskan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )