Agih peruntukan tanpa pilih kasih, tidak ikut amalan kerajaan terdahulu

Agih peruntukan tanpa pilih kasih, tidak ikut amalan kerajaan terdahulu

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil pendekatan yang seimbang dan terbuka untuk memastikan peruntukan diagihkan secara adil tanpa menyisihkan sama sekali pertubuhan-pertubuhan belia kecil mahupun komuniti belia yang tidak berpersatuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, kerajaan negeri yang terdahulu telah mengambil sikap pilih kasih dengan hanya memberi perhatian terhadap pertubuhan belia besar yang sehaluan dengan mereka.

Beliau memberi contoh Persatuan 4B Perak yang menimbulkan kemusykilan kerana pernah dibatalkan pendaftarannya.

Kata beliau, sikap pilih kasih ini bukanlah satu amalan yang baik dan ia tidak akan diamalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya menegaskan dasar kerajaan negeri adalah untuk membangunkan kapasiti semua belia di Perak tanpa mengira belia yang berpersatuan atau pun golongan belia yang tidak berpersatuan,” katanya ketika menjawab soalan lisan di Dewan Negeri Perak, disini hari ini.

Mengulas berkaitan program pembangunan belia di negeri Perak, beliau menyenaraikan Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF), Kursus Belia Tani, Program Business On Truck, Kursus Rekabentuk Pembungkusan dan Pelabelan, Kem Juara Belia Bestari Karnival Usahawan Belia dan Y-Career yang dijalankan secara percuma.

“Perak berbangga kerana dipilih oleh KBS bagi menjalankan enam projek perintis (kohort) Malaysian Future Leadership School (MFLS) di Outward Bound Lumut”.

“Pusat Aspirasi Anak Perak juga lebih awal menganjurkan program pendidikan sivik iaitu AKADEMOS,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )