Digital Perak terpaksa tanggung defisit RM1 juta

Digital Perak terpaksa tanggung defisit RM1 juta

IPOH: Digital Perak Corporation Holdings (DigitalPerak) yang sebelum ini dikenali sebagai KPerak terpaksa menanggung defisit sebanyak RM1 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, peruntukan sebanyak RM 3 juta kepada Digital Perak tidak dapat menampung perbelanjaan keseluruhan tahun 2019.

Menurutnya, bagi tujuan menampung perbelanjaan tersebut, pelan tindakan bagi membaikpulih kewangan syarikat telah dilaksanakan.

Kata beliau, perbelanjaan atau kos tanggungungan yang difikirkan tidak perlu telah dihapuskan bagi tujuan pengurangan perbelanjaan overhed.

“Walaubagaimanapun, proses ini tidak melibatkan pengurangan gaji mahupun mengehadkan pemberian elaun, tuntutan lebih masa dan tuntutan perjalanan yang layak dinikmati oleh kakitangan.

“Ini membuktikan, pihak syarikat amat prihatin dengan kebajikan kakitangan walaupun kedudukan kewangan berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“Alhamdulillah, dengan adanya pentadbiran yang baharu, imej syarikat yang tercalar sebelum ini sedang dalam proses pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan Adun Canning, Jenny Choy Tsi Jen di Dewan Negeri Perak, disini hari ini.

Adun Titi Serong itu menjelaskan, sesi engagement syarikat bersama-sama stakeholders terutamanya diperingkat kerajaan negeri telah lebih kerap diadakan berbanding dahulu bagi mendapatkan persefahaman yang baik diantara pihak syarikat dan stakeholders.

Hasnul Zulkarnain ketika menjawab soalan Adun Canning di Dewan Negeri, hari ini.

Proses ini kata beliau, sangat membantu pihak syarikat dalam membina kembali serta merapatkan hubungan diantara pihak syarikat dan stakeholders.
Bermula 2019, pihak syarikat mentadbir sendiri sistem AJIS TV yang akan dijenamakan kelak dengan penjimatan kos operasi lebih daripada RM1 juta setahun.

“Diharapkan semua pihak dapat bersama-sama memberikan kepercayaan semula kepada Digital Perak dalam memastikan kemajuan sektor telekomunikasi dan multimedia dapat dinikmati oleh kita semua,” jelasnya lagi.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )