Lancarkan penerangan habis-habisan kerajaan PH tidak khianati Melayu, kata Mat Sabu

Lancarkan penerangan habis-habisan kerajaan PH tidak khianati Melayu, kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan ahli partinya dan komponen Pakatan Harapan (PH) supaya melancarkan penerangan berkaitan tekad kerajaan memelihara kepentingan Melayu Islam dan Bumiputera.

Beliau berkata, persepsi kononnya PH mengkhianati Melayu Islam dan Bumiputera dilihat menenggelamkan soal rasuah dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan terdahulu, terutama oleh Najib melalui 1MDB.

Menurut Menteri Pertahanan itu, naratif bahawa kerajaan PH dikuasai DAP dan bukan Melayu terus dicanangkan Umno dan Pas tambahan apabila Menteri Kewangan dan Menteri Penerangan yang secara tradisinya dikuasai Umno kini dipegang oleh menteri dari DAP.

“Seluruh ahli AMANAH dan pejuang rakyat hendaklah memainkan isu ini, iaitu kerajaan PH walaupun Menteri Kewangannya Cina DAP, tetapi dia sudah menyelamatkan institusi perniagaan Bumiputera dan tabung terbesar orang Islam.

“Sebagai menteri, Guan Eng lebih melihat dari sudut keharmonian, kekuatan politik serta membantu Bumiputera dan orang Melayu Islam berbanding perkauman yang dimainkan oleh Umno dan BN.

“Penerangan ini mesti dilancarkan habis-habisan oleh PH khasnya ahli AMANAH bahawa kerajaan PH tidak mengkhianati Melayu Islam dan Bumiputera seperti digambarkan Umno/Pas,” tegasnya dipetik dari artikel satu muka setengah di akhbar Berita Harian.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )