Pelaburan di Perak tunjuk peningkatan mendadak selepas PH mentadbir

Pelaburan di Perak tunjuk peningkatan mendadak selepas PH mentadbir

IPOH: Jumlah pelaburan di negeri Perak menunjukkan peningkatan bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 iaitu sebanyak RM1,515,484,363.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jumlah berkenaan dilihat menunjukkan perbezaan ketara bagi separuh bulan pertama 2018 iaitu Januari sehingga Jun yang hanya mencatatkan sebanyak RM371,453,227 berbanding bagi tempoh Julai hingga Disember 2018.

“Berdasarkan data yang dinyatakan menunjukkan berlaku peningkatan
mendadak iaitu sebanyak RM1.144 bilion atau 60.6% pada separuh bulan terakhir tahun 2018 selepas kepimpinan Kerajaan Negeri diambil alih oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol), Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota) pada sesi soalan lisan dalam Persidangan DUN Perak, disini semalam.

Adun Sungai Rapat itu berkata, peningkatan jumlah pelaburan yang dicatatkan membuktikan keyakinan pelabur kepada pentadbiran kerajaan negeri yang baharu.

Jelas beliau, trend kemasukan pelaburan pada tahun 2019 pula dijangka akan terus melonjak berbanding jumlah yang dicapai pada kedua-dua tahun 2017 dan 2018 berdasarkan maklum balas positif yang diterima daripada pelabur-pelabur yang ditemui.

“Dalam pada masa yang sama, daripada keseluruhan jumlah pelaburan
yang diluluskan pada tahun 2018, sebanyak RM949 juta merupakan
pelaburan tempatan dan baki RM937 juta adalah pelaburan langsung
asing (FDI) di mana negara Jepun merupakan penyumbang terbesar
kepada FDI Negeri Perak pada tahun 2018 iaitu menyumbang sebanyak
RM729 juta diikuti pelaburan dari negara China dan Taiwan sebanyak
RM106 juta.

“Industry berasaskan rubber products merupakan penyumbang utama
kepada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu sebanyak
RM972,226,491.00 juta melibatkan industri pengeluaran tayar dan sarung tangan oleh syarikat asing dan tempatan.

Selain itu, Timbalan Pengerusi AMANAH Perak itu menjelaskan, susulan daripada langkah Kerajaan Persekutuan memperkenalkan penggunakan biodiesel B10 sebagai bahan api alternatif untuk kenderaan di negara ini pada 1 Disember 2018 yang lalu dan B20 menjelang tahun 2020 telah mendorong industri berasaskan kimia untuk terus berkembang di negeri Perak khususnya bagi pengeluaran produk palm methyl ester untuk biodiesel dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang dicatatkan adalah sebanyak RM253,690,800 juta.

Di samping itu, katanya, industri berasaskan Non-metallic Minerals juga turut menjadi salah satu penyumbang utama kepada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan sepanjang tahun 2018 dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang dicatatkan adalah sebanyak RM180,196,167 juta.

“Industri ini penting kepada pertumbuhan ekonomi memandangkan negeri Perak merupakan salah sebuah negeri yang dianugerahkan dengan sumber asli dan mineral yang pelbagai berbanding negeri-negeri lain seperti silica, limestone, kaolin, clay, dolomite, tin dan lain-lain.

“Selain itu, dari sudut taburan lokasi pelaburan, daerah Larut Matang dan
Selama mencatatkan kemasukan pelaburan yang paling tinggi iaitu
sebanyak RM937.4 juta, diikuti daerah Kinta sebanyak RM428.6 juta dan
daerah Manjung sebanyak RM253.6 juta,” jelas Mohammad Nizar.

“Pastinya akan jauh lebih berkembang kalau dapat pastikan lebih banyak syarikat seumpamanya beroperasi di sini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )