OKU, warga emas jadi perhatian kerajaan

OKU, warga emas jadi perhatian kerajaan

IPOH: Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan dan kesejahteraan kumpulan sasar OKU dan warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Wong May Ing berkata, golongan OKU dan warga emas sentiasa diberi peluang dan perhatian oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, untuk tujuan ini kerajaan telah meluluskan penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kampar pada 24 Januari 2019 di bawah Parlimen Kampar dalam Dun Keranji dan Kerajaan juga tela meluluskan peruntukan pembaikan dan peralatan untuk PAWE ini sebanyak RM100,000.00.

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan bantuan kewangan iaitu geran pengoperasian sebanyak RM 33,330.00 untuk kegunaan bayaran tenaga kerja elaun kepada penyelia, pembantu penyelia, pengurusan dan pengoperasian daripada segi perhubungan, utiliti, penyelenggaraan dan pembaikan kecil, bekalan dan bahan-bahan lain serta program dan aktiviti PAWE,” katanya di dalam Persidangan Dun Perak bagi menjawab soalan lisan ahli dewan.

Selain itu, kata beliau bagi PDK Kampar kerajaan telah memberikan peruntukan one-off sebanyak RM50,000.00 untuk pembelian peralatan dan kemajuan pelatih di tahun pertama penubuhan, elaun dan waran tahunan yang meliputi seperti berikut elaun pelatih di PDK, elaun pelatih di rumah, elaun penyelia dan elaun petugas, kwsp, perkeso, utiliti dan juga sewaan.

Tambahnya, untuk tahun 2019, PDK Kampar telah mendapat Geran Persekutuan sebanyak RM 110,331.20 dan Geran Khas Negeri Perak sebanyak RM 36,585.36.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )