Guru Sekolah Izzuddin Shah dilantik sebagai Ketua Pemuda Pas Perak

Guru Sekolah Izzuddin Shah dilantik sebagai Ketua Pemuda Pas Perak

IPOH: Ahmad Faisal Mohd Puait telah dilantik menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Perak (DPPN) yang baharu bagi sesi 2019-2021.

Pelantikan itu dibuat oleh para perwakilan di dalam Muktamar Tahunan Kali Ke-36 yang diadakan di FELDA Residence Hot Spring, Sungkai, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Faisal menggantikan penyandang sebelum ini, Mohd Akmal Kamaruddin yang telah melebihi umur kepemudaan.

Ahmad Faisal adalah merupakan guru disiplin di Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh, sesi lalu beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya sebelum ‘naik pangkat’ menjadi ketua.

Bagi jawatan timbalan ketua, bekas calon Pas di Dun Manjoi Mohd Hafez Sabri telah mempertahankan jawatannya itu.

Mohd Zahid Abu Bakar juga telah mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Pemuda Pas Perak.

Mohd Akmal di dalam pautan laman Facebooknya mengucapkan jutaan tahniah kepada kepimpinan yang telah dilantik menerajui Pemuda Pas Perak.

Ahmad Faizal bersama Mantan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh saff kepimpinan lama atas kerjasama yang baik.

“Tahniah dan takziah kepada adinda Ahmad Faisal (kerana) dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2019-2021.

“Tahniah juga kepada TKP (timbalan ketua), adinda Hafez Sabri dan NKP (naib ketua) adinda Mohd Zahid Abu Bakar serta seluruh saff pemuda yang baru dilantik hari ini. Moga Allah beri kekuatan kepada kalian.

“Mohon maaf atas kekhilafan sepanjang bersama DPPN Perak. Pahit manis telah terukir,” kata Adun Selama itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    Like!! Great article post.Really thank you! Really Cool.

  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Hi there, after reading this amazing paragraph i am as well delighted to share my knowledge here with friends.

  • comment-avatar

    Thanks so much for the blog post.

  • Disqus ( )