Jangan mudah kafirkan orang yang beza fahaman politik, tegas Asmuni

Jangan mudah kafirkan orang yang beza fahaman politik, tegas Asmuni

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Asmuni Awi menyatakan kebimbangan dengan penyuburan budaya mengkafirkan pihak lain hanya kerana tidak sependapat dalam perjuangan politik.

Menurutnya, budaya mengkafirkan orang dengan sewenangnya adalah terlalu asing bagi rakyat Malaysia dan ia lebih teruk daripada taliban.

Kata beliau, menghukum pihak yang berbeza fahaman politik ini adalah sangat tidak baik dan wajar dibendung oleh semua pihak agar tidak berleluasa.

Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan tidak bimbang dengan gabungan Pas dan Umno tetapi beliau mengingatkan agar tidak menghukum pihak yang tidak bersama dengan mereka.

“Kebimbangan kerajaan Pakatan Harapan atas gabungan Umno dan Pas ini bukan kerana kami takut, tetapi bimbang jika ia menyuburkan budaya takfiri.

“Berkawan dengan Umno tetapi jangan menghukum dan mengkafirkan orang lain.

“Itu yang kami bimbangkan, jika nak bergabung, bergabunglah, kami di pihak Pakatan Harapan tidak sakit hati, tetapi jangan diulang-ulang perkataan itu,” katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan di Dewan Negeri Perak, disini hari ini.

Adun Manjoi itu turut mempersoalkan tindakan Pas yang berubah-ubah hukum mereka terhadap setiap tindakan politiknya.

Ucapan Asmuni Awi menimbulkan rasa tidak senang pembangkang yang bangun bertanyakan soalan dan penjelasan, namun beliau mampu menjawab segala persoalan pihak pembangkang.

Beliau memberi contoh hukum tentang kerjasama Pas dengan DAP dan penyatuan Pas dengan Umno yang mana hukum yang diletakkan berubah-ubah mengikut kepentingan politik mereka.

“Ada pemimpin yang mengatakan keluar daripada Pas masuk neraka, keluar daripada Pas tak masuk syurga, Apa punya pandangan ini?

“Ini yang Allah kata, meletakkan hukum pada bukan tempatnya dan mencipta-cipta hukum.

“Meletak hukum Ini haram, ini halal mengikut kehendak sendiri. Sesuai dengan kehendak (Pas), Umno Islam. Tetapi kalau tak sesuai dengan kehendek‚Ķ wallahualam,” katanya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )