MB nafi kononnya penjawat awam kabur dengan hala tuju Kerajaan Perak

MB nafi kononnya penjawat awam kabur dengan hala tuju Kerajaan Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menafikan dakwaan pembangkang kononnya penjawat awam di negeri itu masih kabur dengan hala tuju kerajaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, perbincangan dengan pegawai kanan kerajaan sering kali diadakan dan mereka sangat memahami dengan jelas hala tuju kerajaan negeri.

“Sesiapa sahaja boleh berhubung secara terus untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berkongsi pandangan serta cadangan untuk kebaikan negeri.

“Sekali air bah, sekali pantai berubah. Saya percaya dan yakin, majoriti penjawat awam di Perak setia kepada pentadbiran ini, dengan izin ‘government of the day’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja sempena Sidang DUN Perak, di sini, semalam.

Walaupun begitu, Adun Chenderiang itu menyedari ada sebilangan kecil dalam kalangan mereka yang masih setia kepada ‘bos-bos’ lama.

Namun beliau yakin mereka akan memahami dan menyambut agenda kerajaan negeri untuk berkhidmat demi rakyat.

Tambahnya, penjawat awam di negeri ini diyakini akan menjunjung prinsip integriti dalam memelihara rahsia kerajaan negeri terutama maklumat sulit berkaitan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )