Pemuda AMANAH Perak mahu penjelasan hasrat bawa K-Pop ke Malaysia

Pemuda AMANAH Perak mahu penjelasan hasrat bawa K-Pop ke Malaysia

TAIPING: Pemuda AMANAH Perak bakal mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman mengenai cadangan kementerian itu membawa masuk kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, Bangtan Boys (BTS) ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia.

Ketua Pemuda Amanah Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata pihaknya telah menghantar satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Syed Saddiq untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cadangan itu.

Beliau yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak bagaimanapun berkata pihaknya tidak tidak pasti jika cadangan itu telah diputuskan di peringkat Kabinet atau sebaliknya.

“Banyak lagi unsur kebudayaan negara yang boleh ditonjolkan dalam usaha menarik pelancong ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku peringkat negeri 2019 di Pavillion Zoo Taiping di sini, semalam.

Sebanyak 11 sekolah menyertai pertandingan itu dan pemenang akan mewakili Perak ke pertandingsn akhir Sketsa Rukun Negara peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Perak pada Julai tahun ini.

Pada 23 April lepas, Syed Saddiq memaklumkan pihaknya kini dalam usaha membawa masuk kumpulan BTS ke negara ini untuk membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan usaha itu dilakukan dengan kerjasama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

-Bernama

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )