Kerajaan bercadang wujudkan peluang kemahiran pelajar tahfiz

Kerajaan bercadang wujudkan peluang kemahiran pelajar tahfiz

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mempunyai hasrat untuk mewujudkan satu peluang baru bagi pelajar-pelajar Tahfiz.

Menurutnya, cadangan tersebut bagi memberi peluang baru kepada pelajar-pelajar Tahfiz untuk mengikuti latihan kemahiran secara formal.

“Disamping pengajian menghafaz Al Quran mereka juga boleh mengikuti latihan kemahiran tersebut di Institusi Latihan Kemahiran.

“Ia dapat diteruskan sepanjang tempoh pengajian mereka kerana peluang kemahiran ini juga akan melahirkan teknokrat yang berkemahiran.

“Selain itu mereka yang turut mendapat berilmu agama serta lengkap dengan sahsiah diri yang terpuji,” ujarnya ketika menghadiri majlis penyampaian Sijil Latihan Kemahiran Teknologi Elektrik Pelajar Tahfiz Madrasah Diniah Tok Sara, Yan, Kedah pada Ahad.

Program tersebut adalah anjuran kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra dan Madrasah Tahfiz tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, ia merupakan satu program CSR yang menjadi titik permulaan kepada hasrat murni kerajaan untuk memberi peluang yang baru kepada pelajar tahfiz.

Dalam majlis tersebut seramai 10 pelajar tahfiz telah berjaya diberikan Sijil Kompetensi Teknologi Elektrik setelah berjaya mengikuti latihan selama enam bulan atau separuh masa.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )