Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan

Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan

IPOH: Jenazah ibu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Allahyarham Datin Zaliha Nordin, 79, menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua di sisi ahli keluarga di kediamannya di Kampung Sungai Rokam di sini, pada 7.25 malam semalam.

Jenazah disemadikan bersebelahan dengan pusara suaminya Allahyarham Datuk Azumu Tak.

Sebelum itu, Ahmad Faizal telah mengimamkan solat jenazah ibunya di Masjid Al Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park.

Suasana pilu mula menyelubungi masjid apabila Ahmad Faizal cuba menahan sebaknya ketika Imam Besar Masjid Negeri membacakan doa usai solat jenazah.

Lebih daripada 1,000 orang ramai dan ketua-ketua jabatan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )