Kerajaan PH perlu masa perbetulkan keadaan negara

Kerajaan PH perlu masa perbetulkan keadaan negara

TAPAH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan sedikit masa untuk memperbetulkan keadaan tadbir urus negara supaya berada dalam keadaan yang stabil dan baik bagi membolehkan setiap rakyat merasai nikmat menerusi dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan pada masa ini perlu memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu khususnya dalam tadbir urus kewangan dan ekonomi negara.

“Daripada pemerhatian saya sendiri, rakyat berasa agak tidak ‘sabar’ dengan kepimpinan kerajaan PH pada hari ini yang mahu kita terus membantu dan mengubah nasib rakyat.

“Saya memahami mereka (rakyat) berasa tidak puas hati (dengan prestasi kerajan PH), kerana saya sendiri (sebagai menteri besar) terasa nak ubah dengan cepat tetapi kita perlu (masa) menyelesaikan masalah demi masalah yang dihadapi dan ia mengambil sedikit masa untuk memperbetulkannya,” katanya dalam satu program di Dun Chenderiang semalam.

Ahmad Faizal mengulas keputusan tinjauan pendapat oleh Merdeka Center yang mendapati kadar puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan PH merosot daripada 79 peratus pada 31 Mei tahun lepas kepada 39 peratus pada 11 Mac lepas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )