Asmuni dengar pandangan asatizah dan NGO Islam

Asmuni dengar pandangan asatizah dan NGO Islam

IPOH: Exco Agama Islam Kerajaan Negeri Perak, Asmuni Awi hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan para asatizah di negeri itu.

Program Dialog Mahabbah itu telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh disini dan telah dihadiri oleh wakil daripada pelbagai NGO dan pendakwah yang bersedia berkongsi pandangan dan cadangan kepada Kerajaan Negeri Perak.

Asmuni berkata, pertemuan selama hampir tiga jam itu telah berlangsung penuh harmoni dengan perbincangan dua hala antara beliau dan individu yang hadir.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Asmuni Awi bersama wakil NGO-NGO Islam dan para asatizah yang berkongsi pandangan dan cadangan kepada kerajaan negeri.
Asmuni bersama wakil sekolah Tahfiz yang turut bersama dalam majlis tersebut.

Menurutnya, mereka yang hadi telah memberi pelbagai cadangan dan pandangan yang sangat berguna kepada saya berkaitan pentadbiran agama Islam.

“Antara yang ditekankan oleh mereka ialah pemerkasaan institusi agama dan tahfiz, fungsi dan peranan NGO serta cendekiawan Islam, kebajikan mualaf, perancangan program ilmiah dan sebagainya.

“Mereka juga memberikan pandangan yang positif terhadap pelbagai insentif dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Pengerusi AMANAH Perak itu menjelaskan, beliau sangat membuka peluang dan ruang kepada semua pihak dalam memberi pandangan kepada kerajaan negeri ke arah perkembangan agama Islam di negeri ini.

Jelas beliau, NGO-NGO Islam dan para asatizah ini punya peranan yang sangat penting kepada kerajaan dan masyarakat di dalam negara ini.

“Kerajaan Negeri Perak sangat berlapang dada untuk mendengar sisi pandangan semua pihak ke arah kebaikan pentadbiran kerajaan.

“Saya ingin tegaskan, kami sangat menghargai peranan mereka (NGO-NGO) dalam pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya lagi.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )