Datuk Bandar Ipoh telah dilantik, angkat sumpah dalam tempoh terdekat

Datuk Bandar Ipoh telah dilantik, angkat sumpah dalam tempoh terdekat

IPOH: Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dilantik dalam tempoh sebulan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong.

“Calon sudah ada…memang banyak desas desus siapa yang jadi calon tetapi kita tak boleh umum namanya sebelum upacara mengangkat sumpah dibuat,” katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Azmi Osman.

April lalu, Menteri Besar Datuk Seri Faizal Azumu mengumumkan pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu bagi menggantikan Datuk Zamri Man akan dibuat akhir bulan lepas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )