Bukan Islam dipelawa iftar bersama di Masjid Cina

Bukan Islam dipelawa iftar bersama di Masjid Cina

IPOH: Jawatankuasa Pengurusan Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina mengalu-alukan masyarakat bukan Islam untuk bersama-sama dalam majlis iftar berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadiah, Mohd. Hafiz Ng memberitahu, pihaknya akan menyediakan juadah bagi menjamu seramai antara 400 hingga 600 orang setiap hari di masjid yang terltak di Taman Tasek Jaya itu.

Kata bepiau, majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Muhammadiah dan Persatuan Cina Muslim (Macma) Cawangan Ipoh.

“Pihak pengurusan masjid turut mempelawa masyarakat berlainan agama terutama dari kejiranan setempat untuk berbuka dan sama-sama meraikan kemeriahan sambutan Ramadan.

“Memang menjadi amalan Masjid Muhammadiah atau juga dikenali sebagai Masjid Cina mengadakan majlis iftar sehinggalah menjelang malam Hari Raya.

“Juadah berbuka seperti masakan Melayu, masakan Cina dan juga Bangladesh yang kebiasaannya disediakan oleh kariah secara gotong-royong,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.

Katanya lagi, majlis acara iftar itu juga bagi mewujudkan suasana ukhwah sesama umat Islam selain memberi gambaran bagaimana indahnya Ramadan kepada lain-lain bangsa.

“Pada masa sama kita turut mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menaja majlis berbuka puasa ini.

“Pihak berkenaan boleh menghubungi jawatankuasa masjid menerusi talian 012-5713 120,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )