Perak tidak ada hasrat ikut Kelantan sekat peniaga

Perak tidak ada hasrat ikut Kelantan sekat peniaga

IPOH: Kerajaan Negeri Perak tidak berhasrat untuk menyekat peniaga menjalankan perniagaan mereka pada waktu malam seperti apa yang dilakukan oleh negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, setakat ini tiada sebarang arahan dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, tidak ada kewajaran untuk kerajaan negeri mengeluarkan arahan sedemikian hanya semata-mata untuk menggalakkan orang ramai menunaikan solat sunat terawih.

“Kalau kita tengok di Makkah dan Madinah pun tak ada tutup kedai semasa solat terawih. Mereka tutup kedai pun masa solat fardu sahaja.

“Nama pun solat sunat, jadi kalau kita nak galakkan orang buat solat sunat terawih melalui pendidikan dan tarbiah,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.

ADUN Manjoi itu berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk melaksanakan peraturan oleh kerajaan Kelantan melalui satu surat pekeliling bertarikh 6 Mei 2019.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )