Kerajaan PH di landasan tepat kembalikan Malaysia digeruni

Kerajaan PH di landasan tepat kembalikan Malaysia digeruni

IPOH: Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berada di landasan yang betul untuk mengembalikan Malaysia sebagai sebuah negara yang digeruni daripada segi ekonomi, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata apa yang paling penting adalah memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat.

“Kita perlu melangkah dengan lebih pantas supaya dapat melaksanakan apa yang telah kita cita-citakan,” katanya kepada pemberita pada program penyediaan bubur lambuk peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2019 di Dataran MBI di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perutusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena satu tahun kerajaan PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Dr Mahathir dalam ucapannya menggariskan tujuh teras berkenaan untuk memastikan matlamat itu dapat dicapai.

Tujuh teras itu adalah penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan serta industri negara, sektor pertumbuhan baharu, reformasi bakat dan sumber tenaga negara dan memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.

Memperkukuhkan kesejahteraan sosial, pembangunan wilayah yang inklusif dan peningkatan modal sosial masyarakat.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )