Penjawat awam Perak terima bantuan khas peringkat kedua, Khamis depan

Penjawat awam Perak terima bantuan khas peringkat kedua, Khamis depan

TAPAH: Bayaran bantuan khas kewangan peringkat kedua bagi penjawat awam negeri Perak akan dibuat pada 16 Mei ini, kata Menteri Besar. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, pembayaran tersebut selaras dengan pembentangan Belanjawan negeri 2019 November tahun lalu, yang mengumumkan pembayaran sebulan gaji atau minimum RM2,000 dalam dua peringkat masing-masing pada akhir Disember 2018 dan Mei ini.

“Saya harap semua penjawat awam di negeri ini dapat menggunakan wang tersebut untuk persiapan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al-Mukmin, Kampung Batu 3, di sini, hari ini. 

Bayaran peringkat pertama dilaksanakan pada Disember lalu.

Menurut Ahmad Faizal, jumlah terkini penjawat awam negeri Perak adalah seramai 13,390.

Daripada jumlah itu, seramai 5,643 di jabatan negeri; Pentadbiran Tanah dan Daerah (1,705); Pihak Berkuasa Tempatan (4,683) dan Badan Berkanun Negeri (,359). 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )