‘Plastik hitam’ : Hormati bulan Ramadan, jangan cabar peraturan

‘Plastik hitam’ : Hormati bulan Ramadan, jangan cabar peraturan

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menasihatkan kepada para peniaga agar tidak mencabar peraturan dengan melakukan jualan barangan makanan kepada pelanggan Muslim yang tidak berpuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, semua pihak khususnya yang diusahakan dari kalangan orang Islam perlu patuh kepada peraturan yang telah termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah.

Menurutnya, tindakan modus operandi jualan ‘plastik hitam’ ini satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati kemurnian serta kesucian bulan Ramadan.

“Ada peruntukan di bawah Enakmen Jenayah Syariah yang melarang jualan makanan pada waktu siang kepada premis yang diusahakan oleh orang Islam.

“Semua pihak perlu menghormati enakmen tersebut, jangan sesekali mencabarnya hingga mencemarkan kesucian bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Silibin Ipoh disini semalam.

ADUN Manjoi bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut mengedarkan apron dan topi kepada semua peniaga yang berniaga di bazar tersebut.

Asmuni menyantuni seorang peniaga yang berniaga di bazar tersebut.
Asmuni bergambar bersama persatuan peniaga dan wakil Majlis Bandaraya Ipoh.

Asmuni menjelaskan, jualan ‘plastik hitam’ ini tidaklah berleluasa, sebaliknya ia hanya kes-kes terpencil yang dilakukan oleh peniaga yang tidak menghormati undang-undang yang telah diperuntukkan.

Katanya, serbuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) baru-baru ini adalah di premis yang telah sekian lama menjalankan operasi tersebut namun mereka tidak mengendahkan nasihat biarpun beberapa kali serbuan telah dilakukan.

“Kerajaan tidak menghalang untuk mana-mana berniaga, tetapi perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan terutama di bulan Ramadan.

“Misalnya, di bulan Ramadan ini mereka sepatutnya hanya membuka premis mereka di waktu petang dan tidak menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa,” jelasnya lagi.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )