Di waktu berbuka, Asmuni turun bantu mangsa ribut

Di waktu berbuka, Asmuni turun bantu mangsa ribut

IPOH: Kira-kira 10 buah rumah di Klebang Prima, Ipoh disini telah rosak akibat dilanda ribut setelah hujan lebat petang semalam.

Sejurus mendapat maklumat tentang kejadian tersebut, Adun Manjoi Asmuni Awi bergegas turun melihat keadaan rumah yang rosak dibadai ribut itu.

Beliau bersama pasukan Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN Manjoi telah mengenalpasti rumah-rumah yang terlibat dan membuat tindakan susulan membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

“Memasuki waktu maghrib, kami masih melawat rumah-rumah yang rosak akibat ribut tersebut.

“Kira-kira 10 buah rumah yang terlibat, kami dengan segera menyampaikan bantuan atap bagi membaikpulih bumbung yang rosak,” katanya di laman Facebooknya.

Exco Kerajaan Negeri Perak itu berkata, ada dari kalangan mangsa-mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana rumah mereka terjejas teruk.

Asmuni mendapatkan maklumat yang terperinci daripada mangsa ribut.
Ketika azan Maghrib telah berkumandang, beliau masih berada di rumah mangsa-mangsa ribut yang terjejas

Jelasnya, rumah-rumah yang rosak dan terjejas akan dibaikpulih dengan kadar segera hasil tindakan susulan pihak pusat khidmat bersama agensi yang terlibat.

“Inshaallah rumah yang terjejas akan dibaikpulih dengan kadar segera.

“Semoga mangsa-mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian ini,” jelasnya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )