Ketika ahli susah payah nafi, menantu Presiden Pas pula dedah ‘kartel dedak’ Umno

KUALA LUMPUR: Menantu Presiden Pas, Zaharudin Muhammad hari ini mendedahkan lima nama samaran pihak yang beliau lebelkan sebagai ‘kartel dedak’.

“Yang nilah perosaknya ialah kartel dedak yang hanya 1 kepala daripada 5 bos. 1 orang sahaja daripada 1 juta ahli,” tulis Zaharudin dalam posting terbaru di facebook beliau.

Menurut Zaharudin, kartel dedak itu adalah:

1. Dr Hussam II (kepala no 1).
2. Mr NT.
3. Mr KT.
4. Mr KH
5. Semua dah tahu.

“Yang no 5 sahabat yang bagus, cuma terlalu ikut kawan- kawan dan jadi front liner bela kawan. Yang dia tahu tak banyak pun,” kata Zaharudin seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline.

Dari kelima-lima mereka itu, beliau hanya akan memberikan fokus kepada seorang sahaja iaitu orang yang beliau lebelkan sebagai “Dr Hussam II”.

“Ramai2 ni no satu tu je saya fokus. Sebab yang dia buat Mr2 sampai Mr5 tak tahu pun. Dia maha licik mengalahkan hussam,” kata bekas ahli Majlis Syura Pas itu.

Zaharudin menjelaskan, beliau tidak mahu menyebut nama secara terus terang tetapi sekadar sifat-sifat kartel dedak yang perlu dihindari.

Bagi Zaharudin, tujuan beliau hanya mahu menyelamatkan Pas dari segi intergritinya.

“Misi saya mudah, dedah kartel dedak selamatkan pimpinan dan parti daripada terpalit imej bohong dan dedak (tidak amanah dan berintegriti),” tulisnya.

DIPANGGIL BERI KETERANGAN

Dalam pada itu, Zaharudin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan yang menyebut mahu memanggil beliau.

Alhamdulillah. Tapi rasminya belum terima,” katanya.

Semasa kes Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamad Yusof, Zaharudin berkata, beliau pernah diberitahu akan dipanggil tetapi sampai sekarang tidak berlaku.

“Masa kes nurul dulu berita tersebar kata nak panggil juga, saya yang lebih2 tanya bila nak panggil dan bertemu. Sampai last memang tak ada pertemuan.

“Mungkin waktu tu pimpinan sibuk sebab nak hadapi PRU,” katanya.

Sebelum ini, Zaharudin bertembung dengan Nurul Islam apabila beliau mendakwa Nurul Islam menerima duit Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *