Bela petani, penternak dan nelayan darat

Bela petani, penternak dan nelayan darat

IPOH: KerajaanNegeri Perak akan memberi perhatian serius kepada golongan petani, nelayan darat dan penternak bagi memastikan golongan tersebut mendapat pembelaan dalam pelbagai aspek.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dalam memberi pembelaan terhadap golongan tersebut, beberapa rancangan serta tindakan akan dilaksanakan.

“Kerajaan negeri akan memberi perhatian serius kepada golongan nelayan darat yang mana mereka ini benar-benar memerlukan pembelaan dari segala aspek dan salah satu langkah yang akan diambil ialah memberi penekanan terhadap pewartaan kolam-kolam nelayan darat.

“Bagi membela penternak di negeri ini pula saya menyasarkan untuk menambah keluasan padang ragut kepada sekurang-kurangnya 1,214 hektar setiap daerah,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perutusan Menteri Besar Perak Sempena Setahun Malaysia Baharu, di Laman Seri Ridzuan baru-baru ini.

Ahmad Faizal berkata, satu lagi sektor yang penting akan diberi perhatian adalah golongan pesawah di mana satu jawatankuasa pemandu akan ditubuhkan untuk membantu golongan ini.

“Ia betujuan untuk mencari jalan supaya semua pesawah dapat meningkatkan pengeluaran padi sekali sekali gus menambah pendapatan mereka.

“Jawatankuasa ini berperanan mengkaji pelbagai kelemahan sistem penghantaran industri padi secara komprehensif atau menyeluruh agar segala semua itu dapat diperbaiki,” katanya.

Sementara itu, lebih 1,000 wakil setiap parti komponen PH, kakitangan awam serta orang ramai hadir pada majlis berkenaan sambil berbuka puasa bersama Ahmad Faizal.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )