Sultan Perak titah siasat tiga program politik anjuran Pas-Umno di masjid dan surau

Sultan Perak titah siasat tiga program politik anjuran Pas-Umno di masjid dan surau

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melakukan
siasatan lengkap terhadap tiga program politik yang diadakan di masjid dan surau.

Tiga program tersebut ialah program atas nama parti politik dan penyampaian ceramah agama oleh penceramah tidak bertauliah yang berlangsung di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan pada 21 Mei, dan di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang Ipoh pada 24 Mei, serta program atas nama parti politik yang dilangsungkan di Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Jaya, Chemor pada 22 Mei.

Hasil pencarian Perak Insights, ketiga-tiga program tersebut adalah anjuran parti politik pembangkang iaitu Pas dan Umno.

Di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan berlangsungnya program Majlis Ihya’ Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang mana ceramah di program tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang Ipoh pula berlansungnya program Majlis Berbuka Puasa Penyatuan Ummah anjuran Umno dan Pas Ipoh Timur yang mana Timbalan Presiden Pas, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyampaikan tazkirah di surau tersebut.

Majlis Ihya’ Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang berlangsung di Masjid Al-Khairiah Kg Banjar, Teluk Intan.

Sementara itu, Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Jaya, Chemor pula berlansungnya program Tadarus Perdana anjuran Pas dan Umno.

Pihak penganjur telah menggantung banner berlambang Pas dan Umno di hadapan mimbar surau tersebut.

Sultan Nazrin menegaskan pemimpin politik di Perak hendaklah memberikan komitmen dan mengambil tanggungjawab untuk memulihara kesucian rumah ibadat umat Islam daripada dicemari dengan kegiatan politik berpuak dan berparti.

Baginda memaklumkan menerima banyak aduan mengenai program yang dianjurkan atas nama parti politik, yang dilangsungkan dalam bangunan dan perkarangan masjid dan surau di Perak.

“Baginda turut dimaklumkan terdapat pemimpin daripada parti politik, berceramah agama, tanpa mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIPk), dan beberapa program atas nama parti politik, dilangsungkan dalam masjid dan surau tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa agama Islam negeri,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Toh Raja Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor hari ini.

Pihak penganjur telah menggantung banner berlambang Pas dan Umno di hadapan mimbar surau tersebut.
Timbalan Presiden Pas, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan tazkirah di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang Ipoh.

Dalam kenyataan itu, baginda menegaskan terdapat asas kebenaran aduan yang diterima daripada ramai ahli kariah, mengenai parti politik di Perak menganjurkan aktiviti dalam bangunan dan kawasan masjid dan surau, juga pemimpin parti politik berceramah agama tanpa tauliah.

Baginda merumuskan, perkembangan sangat tidak sihat sedang berlaku, berpotensi menjejaskan kesucian masjid dan surau melalui persaingan aktiviti yang semakin rancak dilakukan oleh parti politik sama ada parti pemerintah dan pembangkang, menggunakan pelbagai alasan seperti khidmat masyarakat, program kebajikan, majlis ilmu, khatam al-Quran, bantuan, tetapi pada masa sama mempamerkan lambang parti politik masing-masing, dalam bangunan dan kawasan masjid dan surau.

Oleh yang demikian, Sultan Nazrin perkenan Pengerusi Jawatankuasa masjid dan surau yang membenarkan premis mereka digunakan untuk aktiviti politik, digantung jawatan, sementara siasatan dilakukan.

Selaras itu, baginda memperkenan tanggungjawab bagi jawatan itu diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah, selaras dengan Peraturan 10(2), Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )