Khoo Kay Kim perlu jadi contoh generasi Malaysia Baharu

Khoo Kay Kim perlu jadi contoh generasi Malaysia Baharu

IPOH: Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, seorang sejarawan ulung kelahiran negeri Perak merupakan seorang tokoh akademik yang terkenal dengan pandangannya yang tajam terutamanya perkara-perkara berkaitan sejarah dan kenegaraan.

Exco Kerajaan Negeri Perak, pemergiannya yang dilaporkan media sesuatu yang amat mengejutkan dan merupakan kehilangan besar kepada negara.

“Sudah pastinya sosok yang banyak jasanya kepada negara ini sukar dicari ganti.

“Meskipun beliau dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun kefahaman dan penghayatannya terhadap sejarah dan nilai budaya masyarakat Malaysia tiada tandingan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau katanya antara tokoh yang terlibat dalam menggubal Rukun Negara pasca tragedi hitam 13 Mei 1969 sudah pasti terpahat sebagai salah seorang arkitek kepada identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

“Mewakili rakyat Negeri Perak, saya ingin melahirkan rasa sedih atas pemergian beliau. Salam takziah buat keluarga Khoo Kay Kim.

“Sesungguhnya sumbangan yang telah beliau curahkan kepada negara amatlah besar dan wajar menjadi contoh kepada generasi muda pada hari ini dalam proses membina Malaysia Baharu yang kita inginkan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )