Yayasan Perak laksana pelbagai program bantuan pendidikan

Yayasan Perak laksana pelbagai program bantuan pendidikan

IPOH: Yayasan Perak telah melaksanakan pelbagai insentif dan inisiatif bantuan berasaskan pendidikan meliputi dari golongan bayi hinggalah ke peringkat universiti.

Pengerusi Yayasan Perak, Asmuni Awi berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan mengambil berat soal pendidikan rakyat di negeri ini kerana golongan inilah yang akan menjadi pemimpin kepada masa depan Negara.

Berucap dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Mahasiswa Perak di Ipoh semalam, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu menyenaraikan antara bantuan dan program yang telah dilaksanakan.

Pengerusi Yayasan Perak, Asmuni Awi bersama mahasiwa yang menerima bantuan dermasiswa.

1) TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK
Satu inisiatif simpanan untuk pendidikan setiap kelahiran anak Perak yang baru. RM200 disediakan kepada setiap 4,000 kelahiran baru di dalam bentuk tabungan permulaan di SSPNi. Peruntukan yang disediakan berjumlah RM800,000 setahun.

2) BIASISWA YAB MENTERI BESAR
Kira-kira 1,927 orang pelajar Sekolah rendah dan Menengah yang berkelayakan akan menerima manfaat tunai setiap tahun. Peruntukan yang disediakan berjumlah RM2.0 juta setahun.

3) DERMASISWA HARAPAN DALAM NEGARA
Iaitu bantuan kewangan mengikut peringkat pengajian kepada pelajar-pelajar anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti dengan peruntukan berjumlah RM10.0 juta setahun.

4) DERMASISWA HARAPAN LUAR NEGARA
Iaitu bantuan kewangan mengikut peringkat pengajian kepada pelajar-pelajar anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti di luar negara dengan peruntukan berjumlah RM2.0 juta setahun.

5) PROGRAM PENGUPAYAAN MAHASISWA NEGERI PERAK
Iaitu program “engagement” di antara Kerajaan Negeri dan mahasiswa IPTA dan IPTS di seluruh negara dan sebagai usaha mengiktiraf peranan dan sumbangan mahasiswa. Peruntukan tahunan berjumlah RM350,000.00

6) PROGRAM PELAJAR TIMUR TENGAH
Iaitu program “engagement” di antara Kerajaan Negeri dan mahasiswa di Mesir, Jordan Turki dan Maghribi sebagai usaha mengiktiraf peranan dan sumbangan mahasiswa anak Perak di dalam kemajuan pendidikan dan pembangunan negeri. Peruntukan tahunan berjumlah RM250,000.00

7) SKIM BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA DAN KECEMASAN
Iaitu bantuan kewangan untuk meringankan beban kepada mahasiswa yang kurang berkemampuan atau terlibat dalam kes-kes kecemasan diri atau keluarga. Jumlah peruntukan RM1.7juta setahun.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari: http://yayasanperak.gov.my/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )