Perak lancar mesin beras ATM pertama

Perak lancar mesin beras ATM pertama

TAPAH: Sebuah mesin ATM beras hasil sumbangan Kumpulan Sunway telah dilancarkan bagi membantu golongan asnaf disamping menjadi inisatif yang selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi kewujudan mesin ATM beras berkenaan, seramai 100 golongan asnaf akan menerima 2 kilogram beras setiap hari Jumaat dan pihak Kumpulan Sunway turut bersetuju untuk menyumbang sebanyak 600 kilogram beras sebagai permulaan.

“Apabila stok beras yang disumbangkan itu habis, pihak masjid pula akan memainkan peranan dengan membeli beras menerusi duit tabungan yang ada pada mesin berkenaan.

“Selain itu, saya amat berharap agar kita sama-sama dapat memberi sumbangan kepada tabung tersebut, supaya bekalan beras kepada golongan asnaf ini tidak terputus.

Ahmad Faizal menyampaikan bantuan beras kepada seorang penerima.

“Saya percaya, kalangan kita yang ada di sini cukup pemurah untuk berbuat demikian apatah lagi Allah SWT sentiasa menjanjikan ganjaran besar kepada sesiapa juga yang sentiasa bersedekah dan mereka yang memberi makanan kepada golongan memerlukan,” katanya, lapor Perak Today.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perlancaran Mesin ATM Beras di Masjid Daerah Tapah, di sini, semalam.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )