Mohd Suhaimi dilantik Pengarah Pendidikan Perak baharu

Mohd Suhaimi dilantik Pengarah Pendidikan Perak baharu

IPOH: Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali telah dipilih mengisi kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Mohd Suhaimi telah dilantik pada 17 Jun lalu setelah jawatan tersebut kosong sejak tujuh bulan lepas.

“Ya, pengarah pendidikan negeri yang baru sudah dilantik dan akan melapor diri pada Isnin depan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Ahmad Faizal berkata, pengarah pendidikan yang baharu itu mempunyai pengalaman lebih 30 tahun terutama dalam bidang perancangan pembangunan pendidikan, polisi pendidikan, pembangunan pendidikan luar bandar, penaziran pendidikan dan latihan keguruan.

Katanya, sebelum bertugas di IPG Kampus Ilmu Khas, beliau telah bertugas di beberapa sekolah menengah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ketua unit, ketua penolong pengarah, ketua nazir negeri, ketua sektor, timbalan ketua nazir (memangku) dan akhirnya sebagai Pengarah Kampus Ilmu Khas sejak 2 September 2016,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )