Jangan mengalah, kita masih ada 90 minit!

Jangan mengalah, kita masih ada 90 minit!

IPOH: Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan kepada para pemain Perak The Bos Gaurus agar jangan mengalah, sebaliknya masih ada 90 minit untuk membuktikan kemampuan yang sebenar.

Jangan mengalah, kita masih ada 90 minit!,” tegas beliau dalam pertemuannya dengan para pemain dan jurulatih ketika sesi latihan skuad Perak di Stadium Perak, Ipoh pada petang tadi.

Beliau melahirkan keyakinan pasukan Perak mampu mengubah kembali keadaan setelah tewas 1-3 kepada Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari.

Perlawanan kedua dijadualkan berlangsung pada esok di Stadium Perak, Ipoh.

Dalam pada itu, kesebelasan Perak diharap dapat memberikan fokus lebih daripada 90 minit demi menjamin kejayaan pada aksi esok.

Pengendali Perak Mehmed Durakovic berkata, perkara berkenaan perlu diberikan perhatian serius oleh semua pemain setelah dua aksi terakhir berdepan Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan 21 Jun lalu diikuti aksi Liga Super berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka (24 Jun), gawang skuad The Bos Gaurus itu berjaya dibolosi lawan pada penghujung perlawanan.

Justeru, Durakovic menuntut komitmen sepenuhnya daripada kesebelasan anak didiknya dalam usaha memastikan gawang skuad The Bos Gaurus itu tidak lagi ‘bocor’ pada minit-minit akhir perlawanan sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Daripada dua aksi terakhir, gawang kita bolos pada minit-minit akhir perlawanan. Jadi semua pemain perlu fokus lebih daripada 90 minit perlawanan, apatah lagi pada perlawanan ‘hidup mati’ menentang Pahang kali ini.

“Apa yang boleh saya katakan, perlawanan malam ini adalah satu perlawanan ‘besar’ dan penting buat kita dan boleh diibaratkan sebagai perlawanan ‘hidup’ atau ‘mati’ apatah lagi kita akan kehilangan ramai pemain utama seperti yang mengalami masalah kecederaan selain digantung perlawanan seperti Amirul (Azahan), Nazirul Naim (Che Hashim), Ronaldo (Henrique) manakala Leandro (Dos Santos) yang pulang ke Brazil kerana masalah keluarga dijangka pulang ke Ipoh hari ini.

“Namun kita tetap yakin dengan kesebelasan sedia ada dan ditambah dengan sokongan padu daripada penyokong Perak untuk kita realisasikan ‘misi’ kejayaan ini,” katanya di sini, hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )