Jangan terlalu banyak berpolitik: MB Perak

Jangan terlalu banyak berpolitik: MB Perak

IPOH: Rakyat Perak diminta untuk tidak terlalu banyak berpolitik, sebaliknya bersatu membangunkan semula negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, musim untuk berpolitik sebenarnya telah selesai setelah berakhirnya PRU14 lalu.

“Hari ini kita terlalu banyak berpolitik. Selepas pilihan raya kita kena kembali bersatu.

“Kita tak seharusnya bercakaran di kedai-kedai kopi dan di media-media sosial kerana ini tak akan berjaya bangunkan negara,” katanya, lapor Sinar Harian.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri, di sini hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )