Pemimpin PH Perak bersatu hati rancang pembangunan untuk rakyat

Pemimpin PH Perak bersatu hati rancang pembangunan untuk rakyat

IPOH: Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak sentiasa bersatu hati untuk merencana pelbagai polisi dan perancangan demi pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Pengerusi PH negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia bagi memastikan rakyat menerima limpahan daripada pembangunan ekonomi yang semakin berkembang di negeri ini.

“Kami dalam Pakatan Harapan amat bersatu hati sama ada di peringkat kerajaan Persekutuan atau negeri demi memastikan rakyat menerima pelbagai manfaat yang disediakan.

“Kita (PH) berjanji akan menunaikan segala janji dalam manifesto dan kita akan buat satu persatu,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pakatan Harapan Perak di Padang Meru Permai di sini, semalam.

Pada majlis itu, lebih 5,000 anggota masyarakat setempat hadir dan pelbagai juadah dihidangkan seperti lemang, rendang ayam dan daging, sate, laksa dan kuetiow goreng.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Ngeh Koo Ham; Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi serta Timbalan Pengerusi PKR negeri, M. A Tinagaran.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )