Kerajaan perkenal TVET Tahfiz

Kerajaan perkenal TVET Tahfiz

KLANG: Penubuhan pusat Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) Tahfiz dilihat mampu melahirkan generasi celik agama malah mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata sehubungan itu ibu bapa yang mempunyai perancangan untuk menghantar anak mereka ke pusat tahfiz perlu melihat TVET Tahfiz ini sebagai institusi yang mempu memberikan masa depan yang baik kepada anak mereka.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk hantar anak mereka ke TVET Tahfiz ini, kita perlu lihat ia adalah untuk masa depan mereka.

“TVET Tahfiz ini¬†selaras dengan agenda kerajaan untuk memperkasa¬†pendidikan tahfiz di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan TVET Tahfiz dan menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Enter Coridor Training Center dan Maahad Tahfiz Al Quran As Sunnah (MTAQWAS) di sini, semalam.

Turut hadir di majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Enter Coridor Sdn Bhd, Ahmad Radzi Yusof.

Melalui MoU berkenaan MTAQWAS akan memastikan kualiti modul hafazan yang diikuti oleh pelajar Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2,3 dan 4 dalam bidang Teknologi Automasi Industri di Enter Coridor sentiasa ditahap terbaik.

Sebagai permulaan, seramai 35 pelajar tahfiz MTAQWAS menyertai program di TVET itu bulan lepas.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Mahfuz berkata penubuhan TVET Tahfiz itu bertujuan memberi peluang dan membantu para pelajar tahfiz untuk mendapatkan latihan berkemahiran yang bersistematik melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )